Monday, February 28

Food Detox

Ada ramai yang bertanya, apa brand food detox yang ibu muhsina pakai?
Yang dalam ini tu : http://muhsinas.blogspot.com/2011/02/disebalik-mee-ada-udangdisebalik-ayam.html


ok...ibu pakai Beyond Food Junction dari zhulian...


actually ibu dah lama meng'eye'ing food detox tu, dari mula-mula dia keluar lagi brand dari Jepun....tapi mahal bebenor...


Inilah rupanya
IMG-20110222-00028


IMG-20110222-00029


So far, ibu dah detox udang, ayam, daging, buah-buahan, sayur mayur....


Udang yang ibu beli 3-4 minggu lepas dok terperuk dalam peti, lepas detox, memang marbeles...sedap dan manis...ibu buat goreng grill dengan butter je, tak beria-ria pun...


Ayam yang dibeli kat pasar, hak gemuk-gemuk yang dah diinject kaw-kaw punya, rasa sedap dan wangi....goreng kunyit dan garam sajork...bila panaskan kat pantry, semua tanya apa yang wangi ni? sedapnya bau...
erk! goreng bodoh je dik...


jadi sesiapa pembaca(ada ke pembaca) yang teringin, boleh la PM ibu...


Salam
Ibu Muhsina

Sunday, February 27

Auta

Apa itu auta?
Auta adalah satu jenis penipuan yang tidak serius untuk mengelakkan sesuatu. Auta ini juga boleh dikatakan satu indicator yang menunjukkan betapa bijak dan pandainya anak-anak zaman sekarang....

scenario 1 :


Along : Abah, along rasa along kena tengok kartun malam ni.

Abah : kenapa pulak?

Along : sebab hari tu kat rumah auntie, diaorang tengok cerita hantu, jadi dalam kepala along ada banyak hantu, kenalah tengok cerita kartun untuk menghalau hantu-hantu dalam kepala along...

scenario 2 :


Along : Ibu, along rasa along tak boleh pergi KAFA la hari ni?

Ibu : kenapa? demam ke?

Along : Tak, homework along banyak...nanti tak sempat nak siap. Che gu tak masuk kelas.

Ibu : Err...(konpius)...kalau che gu tak masuk kelas, kenapa homework boleh banyak?

scenario 3 :


On the phone

Along : Abah, hari ni along kena tengok TV la...

Abah : kenapa?

Along : tadi kat sekolah, che gu suriati suruh tengok orang kemalangan, dalam kepala along penuh dengan gambar orang kemalangan tu, jadi nak buang along kena tengok TV...

Abah : ????

Moral of the story : Anak-anak sekarang lebih maju, lebih ke depan dan lebih pintar dari kita. Oleh itu, kita kena bersiap sedia untuk lebih pintar dari mereka...

Oleh itu, majulah sukan untuk negara eh! tetiba....

Salam
Ibu Muhsina

Hari yang tidak akan dilupakan...

Kalau budak-budak sekolah, hari yang tidak dapat dilupakan adalah hari dapat hadiah dari chegu...takpun menang lumba lari, takpun berjaya jawab soalan chegu garang...


Kalau orang yang dah kahwin pulak, hari yang tidak dapat dilupakan mestilah waktu akad nikah, takpun masa tok kadi pegang tangan erat-erat dan rasa nak terkencing, takpun of course masa 'gitu-gitu'...


Semalam mungkin hari yang tak dapat dilupakan oleh adik ibu muhsina yang bongsu....setelah penat belajar dengan penuh stress, tension sampai atok dan opah pun tension sama, sampai kadang-kadang ketensionan tu tempias kat ibu jugak...


Akhirnya kini pasti, dia sudah grad!!!!


Congratulations my little sister...semoga kejayaanmu menjadi semangat pada anak-anak buahmu....


konvo 054


Along....kalau nak teddy bear dan bunga ni....you have to be like usu...i'll buy you ten or twenty if that's what u want....and make u stop reading magazines or Gianimo series or tengok tv upin dan ipin.....


konvo 001


Salam
Ibu Muhsina

Wednesday, February 23

Disebalik mee ada udang...disebalik ayam? eeeiiuuwww....

semalam ada demo di office ibu muhsina, demo food detoxifier...
exhibit A yang digunakan adalah ayam...ayam daging yang selalu kita beli di pasar tu...


so...bila dalam lebih kurang 10 minit...keluarlah buih2 macam ni
IMG-20110223-00032


dan bau pun start bau busuk...busuk sesangat...


after 45 minutes, keluarlah macam ni
IMG-20110223-00033


macam kahak, berlendir-lendir...memang geli....
Damansara-20110223-00037


Yang pelik, ayam yang di'detox' jadi segar dan cantik...tak kusam
IMG-20110223-00036


Apa tu food detoxifier?


salah satu caru untuk membuang toksin dan bahan-bahan kimia yang ada dalam bahan makanan seharian kita.


Yang di atas ni contoh ayam, kalau ikan dan udang yang keluar macam kahak jugak. 


Bila tengok memang tak lalu nak makan lepas tu, nak makan apa pun tak lalu. Tapi ibu ambil pendekatan macam ni, kurangkan pengambilan benda-benda bertoksin ni...


Takkan kita nak soh cafe office detox makanan deme ye dak?


Takkan nak soh makcik nasi lemak detox ikan bilis dia lak...gila ke hapa?


Unless korang rajin la, kalau kaki malas cam ibu.....ibu masak untuk muhsina-muhsina je...untuk ibu dan abah takde....keme makan kat luor...susah la, balik pun lambat kan abah kan?


Sampai rumah pukul 7 - 7.30pm....bilakah masa ibu nak pegang senduk?


(Alasan dari seorang isteri yang malas nak masak untuk somi, heyyyy makanan kegemaran somi dimasak hari weekend laaaa....)




Salam,
Ibu Muhsina

Thursday, February 17

Ampunkan Daku

kewaja
(kredit to http://www.faztvnetwork.com/2011/02/ampunkan-daku-cerekarama.html )


Sinopsisnya :


images


Latifah(sheila rusly) membuka tempat perlindungan untuk anak-anak remaja yang mengandung anak tidak sah taraf, KEWAJA. Latifah sebelum ini ada mempunyai suami(Zamrul Hisyam) dan Khalisa(not sure sape pelakon dia), tetapi suami dia, Azri lebih suka mendengar ikut kata mak dia, Fauziah Nawi. Fauziah Nawi ni pun memang kaki buli dan mengongkong anak dia kaw-kaw punya. Naik menyampah pun ada. Lakonan mantap macam tu memang boleh buat orang nyampah la kan. Sebelum Latifah keluar dari rumah dihalau ibu mertua, latifah meminta 300k sebagai pemberian jiwa dia yang kacau dek perangai mak mertua dia ni, Suami dia marah sebab ingatkan latifah menjual anakanak tidak diberi pada ibunya...aaaa sedih waktu ni). 


Rupanya KEWAJA tu dibuka hasil duit 300K yang dia minta tu. Di tempat perlindungan ni, macam-macam la perangai budak-budak yang memang ngarok ni, ada yang insaf dan ada yang memang ngarok tahap gaban.


Tapi Latifah ni memang dijadikan Allah swt sebagai wanita yang sabar dan berhemah. Dia tak marah pun budak-budak ni, dia keep on bagi nasihat dan tunjuk ajar. latifah dibantu oleh seorang ustaz yang akan memberi tunjuk ajar dan ceramah pada anak-anak malang ini.


Ada dua skrip yang ibu muhsina suka dan ingin ibu tekankan di sini :


1. "Jangan kita buat macam dia, kalau kita buat macam dia, maknanya kita serupa je macam dia"


2. "Hanya Allah sahaja yang layak menghukum kita, kita takde hak untuk menghukum manusia yang lain"


Yang lain kena tonton sendiri la...


Pada ibu, message yang disampaikan memang menikam kalbu. Ibu sendiri pernah tertanya-tanya kenapalah nak bukak pusat perlindungan remaja-remaja yang mengandung ni, lagi ramailah yang berzina, mengandung anak luar nikah, tapi bila difikir balik, ibu muhsina baru sedar kalau tak ada tempat-tempat begini, kemana sebenarnya mereka yang telah terlanjur hendak pergi. 


Kita tak tahu apa sebalik cerita mereka atau apa masalah mereka. Kita hanya pandai menghukum sahaja. 


Di akhir cerita, terdapat anak-anak remaja sendiri yang berlakon dalam drama ini rupanya. Dan mereka ada yang menanggis semasa pembikinan drama ini. Ini termasuklah pengusaha KEWAJA sendiri. 


Ibu Muhsina memang drama queen...so sepanjang cerita memang ibu menanggis teresak-esak. Kesian dengan mereka dihumban masyarakat, dihina diherdik...termasuklah pengusaha tu sekali, mesti melalui zaman pahit manisnya. Mesti Sheila Rusly mendalami hati pengusaha KEWAJA tu kan untuk impak yang menarik.


doa


"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah dosa-dosaku, suamiku, anak-anakku, ibu bapaku, ibu bapa mertuaku, saudara mara ku. Ampunilah dosa-dosa anak-anak remaja yang telah melakukan kesilapan ini Ya Allah. Hanya engkau sahaja tempat mereka berlindung dan meminta pertolongan"


"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah rumah perlindungan seperti KEWAJA ini, supaya hasrat dan niat murni ini diberkati Ya Allah."


"Ya Allah, jauhkan musibah berat ini menimpa ke atas keturunanku, peliharalah anak-anakku dari hasutan manusia dan syaitan, teguhkan iman mereka terhadapMU dan KekasihMU"


Salam
Ibu Muhsina

Tuesday, February 15

Disebalik SDAF

Ibu amat malas....
(Ibu mgambil keputusan untuk menayangkan muka muka kami buat entri ini...sila tengok puas-puas muka muka kami sebab lepas tu muka muka glamer ni akan di tutup....keh keh keh keh)

SDAF1
kami, mereka dan artis semesia...Liana Jasmay yang cute dan comel....eeee geram!!!

SDAF2
kami, mereka, kanak-kanak ribena dan pelakon Fizo sebagai putera impian...ntah apa ntah tak ingat

SDAF3
kami dan mereka serta kanak-kanak ribena

SDAF4
kanak-kanak ribena yang tak reti dok diam

SDAF5
kami mereka dan kanak-kanak ribena

SDAF6
salah seorang kanak-kanak ribena

and more....

tak tahu la banyak gambarnya esp dari blog ni : http://yayaayarus.blogspot.com/2011/01/siti-di-alam-fantasi.html

budak si ayarus ni rajin membelog, bukan cam ibu...kekadang ada, kekadang takde...mcm biskut

Note : entri yang dah lama terperuk dalam peti...tp tak siap-siap

Salam
Ibu Muhsina

11022011

"saya sayang kamu bukan hanya semalam, kelmarin, esok, lusa....
            bukan hanya hari ini yang istimewa, tetapi tiap-tiap hari sehingga akhir hayat saya..."

Tanggal 11 Februari 2000, sebelas tahun yang lalu, Abah muhsina melafazkan akad nikah(sekali sahaja ya tuan puan, sungguh kagum) untuk hidup semati sekelumbung sepenat selelah dengan ibu muhsina...

Hari jumaat selepas solat jumaat, abah muhsina memakai baju berwarna perak, muka serius seperti selalu, katanya tengah benggang sebab orang tengah berdebar nak nikah, kakaknya minta ambilkan kuih untuk kenduri. Anginla member....

cincin
(illustrasi sahaja : dah cari dah tangan yg gebu-gebu, takde la pulak)

Ingat lagi muka tiada perasaan bila dia memasukkan cincin kat jari penuh gebu ibu...hahahahah!

Ibu pernah tanya 'kenapa ibu jadi pilihan?' sebab dia boleh dapat yang lagi cun dan bergetah...

jawapan dia senang 'independent'...

oh yes! ibu memang indepedent, cakap je apa, ibu akan buat sendiri, urusan anak-anak ibu boleh buat sendiri(masuk lift, tekan butang sendiri, takde door bell). Abah muhsina kata dia malas nak fikir benda-benda yang simple dan leceh, so dia kahwin dengan ibu sebab dia rasa ibu boleh ambil alih bab-bab leceh dan simple tu. Biar dia yang fikir bab susah-susah...Ooooooooooooooo!!!!

Takpe-takpe...dah 11 tahun dah pun...anak pun dah berderet-deret macam keretapi. Membontot je mana ibu pergi...takpe takpe, ibu redha...

Anniversary dinner or shopping or vacation memang takde dalam calendar...

Balik tu pun abah makan nasi lemak ayam goreng yang ibu beli di pasar tani je...bila dikenangkan kesian pula ibu...hari istimewa ibu dipenuhi dengan aktiviti Puspa...ibu memang sibuk sampai ibu lupa pasal anibersari ibu...apala ibu ni...tak romantik langsung

Yang bestnya, pagi tu masa abah wished, ibu pun LUPA....(tepuk dahi kuat-kuat)...aisyeman!!!!

To think of it, the longer you get married you should more intimate to each other. Allah menjadikan lelaki dan perempuan untuk berpasang-pasangan, kasih mengasihi, hormat menghormati antara satu sama lain. Makin lama bersama sepatutnya semakin sayang, semakin sensitif dan semakin memahami. Mungkin itu salah satu rahsia untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain. Isteri bukan hanya tempat melempiaskan nafsu sahaja semata-mata, isteri adalah teman yang paling dekat dengan suami. Suami pula bukan hanya 'banker' tempat mintak duit tetapi adalah sahabat dunia akhirat.

To Abah Muhsina,

Happy Anniversary love...you'll alwiz be mine forever...

p/s : Nanti la yek abah, kita pergi honeymoon bali macam yang kita rancang masa memula kahwin tu ya....heheheheh abah la belanja...kan kan kan...

Salam
Ibu Muhsina