Wednesday, January 26

Hanya seorang hamba...

Bila ada kuasa, semua yang dibuat ikut arahannya...
Bila ada kuasa, semua yang dicakap kena diikutnya...
Bila ada kuasa, semua yang ambik ikut tindakannya...


Tapi manusia ini lupa...


Allah lagi Maha Berkuasa atas semua kuasa-kuasa yang ada pada manusia...


Walau setinggi mana
Walau sekuat mana
Walau sehebat mana


Allah Maha Perkasa...


Wahai manusia...
kuasa yang diberi hanya sekelumit cuma
janganlah kau mendabik dada
walaupun kami hanya semut bermain di mata
tetapi kami ada suara
ada hati dan ada rasa
sudahkah kau lupa
siapa kamu sebenarnya...??


Hanya Hamba Allah sahaja...yang akan pulang ke pangkuan-NYA bila-bila masa...
yang akan dihitung amalannya
yang akan dikira segala dosa dan pahala
yang akan dicongak segala perbuatannya...


Siapakah kita wahai manusia?
hanya seorang hamba sahaja...




Salam
Ibu Muhsina

Tuesday, January 18

Adik dan F1 Sepang

IMG00016-20110116-1448

Siapa sangka adik si mamat kecil, tumbuh gigi pun tak cukup, minat dengan F1 Sepang. Asal dapat je IPAD abah, jari kecil dia laju meng'click' icon GT Racing. Akan keluarlah kereta-kereta racing yang berdrum-drum bunyinya. Muncung adik pun akan ikut muncung juga mengikut rentak bunyi kereta-kereta racing tersebut.

Dulu abah pengumpul kereta-kereta kecil, jadinya itulah mainan si adik. Kalau bukan kereta-kereta kecil itu, dia guna door stopper dapur ibu. Kalau hilang stopper tu, mesti ada pada adik, tengah buat main kereta dengan muncung yang ikut bunyi kereta lumba.

Hari Ahad haritu, along ikut abah pergi beli buku latihan. Along tak minat membaca sangat, jadi kami belikan buku latihan untuk dia pratiks. Angah dan Acik memang tak layan dengan adik sebab angah kata takkan adik nak main dengan Barbie...oo ye tak ye jugak.

Jadi adik a little bit uneasy bila tak ada sesiapa yang melayan dia, biasanya along rajin juga layan main kejar-kejar, so adik mengarok. Semua tak kena, hempas badan, hempas mainan, kalau boleh ibu pun dia nak hempas agaknya...nasib baik ibu berat!

Ibu pun pasanglah youtube car racing, just search racing, keluarlah segala mak nenek racing ada kat dalam youtube. Pilih satu pasal racing BMW. Dia punya bunyi sebijik dengan GT Racing game dalam IPAD abah. Adik memang cukup teruja kagum excited terlebih, terpaku depan PC Mini ibu (Masa tu si acik dah bawak lari IPAD)


IMG00012-20110116-1446


Tapi...

Syarat : ibu tak boleh pergi mana-mana, kena teman dia tengok utube tu. Bila ibu tersengguk (boring weh, tengok kereta pusing-pusing je), dia hempuk muka ibu. Bila ibu buat-buat tidur, dia siap golek-golek nanggis...Laaa budak ni, sabo jelah!

Lepas tu bila utube tu tengah loading(yelah tak pakai unifi katakan), dia boleh mengamuk sakan sebab dia ingat ibu stopkan utube tu. Bila kakak-kakak dia datang tengok, intai je, dia marah sebab takut kakak-kakak nanti take over tengok barbie, barbie dan barbie...uweeekkksss!!

Salam
Ibu Muhsina

Monday, January 17

Petua bangun Awal pagi dan solat subuh jemaah...

Entry khas untuk abah muhsina :) dan peringatan buat ibu...
dapat emel ni melalui satu forum yahoo tapi dalam bahasa english(english dia pun terabur gak) jadi ibu translate, senang nak faham... (Ibu tambah sikit garam dan gula biar best je baca)

Petua bangun awal pagi dan solat subuh jemaah

  1. Masuk tidur dengan berwuduk. Dirikan solat 2 rakaat dan minta Allah diberikan hidayah dan petunjuk.
  2. Bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat dalam Al-Quran kerana Rasullah saw pernah bersabda dimana barangsiapa yang membacanya tidak akan dikalangan orang-orang yang rugi.
  3. Jemaah di Masjid. Ajaklah rakan-rakan sama-sama berjemaah. Ketuk pintu dari rumah ke rumah jika perlu.
  4. Berdoalah pada Allah supaya memberi kekuatan untuk bangun malam. Kusyuk dalam berdoa. Janganlah berdoa hanya untuk bangun waktu subuh tetapi berdoalah untuk bangun waktu tengah malam dan berjemaah subuh di Masjid.
  5. Bacalah zikir yang diamalkan oleh Saidatina Fatimah r.a sebelum tidur : SubhanaAllah 33x, Alhamdulilah 33x dan Allahuakbar 33x. Zikir ini, insyaAllah akan melenyapkan perasaan penat lelah di siang hari.
  6. Masuk tidur awal, elakkan melakukan kerja-kerja yang sia-sia seperti bermain game IPAD, ps3 dan tengok movie tengah malam takpun makan maggie tiba2. Adalah lebuh afdal untuk masuk tidur selepas solat isyak.
  7. Elak mengunakan button syaitan 'snooze button' ..ia hanya akan menyebabkan anda terlepas subuh. Pastikan anda memasang jam loceng yang kuat biar sampai jiran sebelah pun dengar sekali.
  8. Jauhkan jam loceng dari tempat yang senang dicapai. Letakkan ditempat yang jauh supaya anda bangun dan menutupkannya. Lebih afdal, letak aje luar rumah, mesti anda terpaksa bangun dan buka pintu untuk menutupnya kalau tidak polis datang pulak.
  9. Elakkan makan malam yang lambat. Pastikan makan malam 2 jam sebelum tidur, jika tidak anda akan terasa letih. No more night snack atau kata omputih supper...forget it, itu agenda jahat...
  10. Jika perlu, apabila anda bangun untuk solat tengah malam, ajaklah suami/isteri, keluarga rakan-rakan, jiran untuk melakukannya bersama. Telefon mereka kalau perlu. Jika mereka melakukannya, pasti anda mendapat habuan pahala sama.
  11. Buatlah sedikit senaman seperti pushup dan sittups untuk rasa lebih segar dan bertenaga. Janganlah pergi jogging pula nanti terlepas solat subuh
  12. Minta suami/isteri, anak-anak, rakan-rakan mengejutkan anda dari tidur. Jika mereka gagal nak kejutkan anda yang memang tidur mati, pakat dengan mereka untuk benamkan kepala anda dalam tasik.
  13. Lawan segala nafsu jahat yang melanda untuk tidak bangun solat. Berhenti nafsu 'Kejap Lagi' yang selalu melanda diri anda. Kerana nafsu 'kejap lagi' itu yang membuat kita tidak melakukan solat dengan sempurna.
  14. Jika tips di atas masih tidak berjaya...sila beli tikar mengkuang dan tidur atas tikar tersebut untuk beberapa hari, mesti anda tidak selesa dan selalu terjaga-jaga dari tidur...Lupakan vono dan dunlop pillow...buangkan ajer ke tasik jika perlu...

Hahahaha...tips yang last sekali tu memang awesome!!!

Salam
Ibu Muhsina

Cantik tak?

Cantik tak new design blog muhsina ni?
Hahahaha...semua gadget2 ibu dapat kat sini...http://adiwidget.blogspot.com/

Takde kerja ya ibu?
Hmm hari ni tak sibuk so ibu sibuk cantikkan blog la...

Kui kui kui...

Salam
Ibu Muhsina

Saturday, January 15

Nak layan ke tak?

Nak layan ke tak?
Nak layan ke tak?

Bukan layan abah muhsina, atau muhsina-muhsina ni....
tapi layan seorang pengguna sistem bawah jagaan ibu muhsina ni...
dok call pagi-pagi ahad ni sebab dia tak boleh nak buat transaction dalam sistem dari German ni...

Petang jumaat pukul 5.15pm,lagi 15 minit nak bergerak pulang, dia call ibu. Dok bagitau yang dia ada massalah nak 'post'. Hari jumaat ibu kena balik awal, ibu pulak bawak kete masa tu sebab nak kena beli barang pantry yang dah habis. Bila habis je barang takde la umat lain nak beli, makan memang tak hengat, tapi bab beli semua buat tak tahu. Lagipun petang jumaat, along dan angah ada kelas kumon. So MEMANG ibu tak boleh nak stay.

'kalau macam tu u kena datang la esok(sabtu), ni kena settle ni sebelum 15hb'
ewah!!! ko ingat pejabat sebelah rumah aku...nak dekat 50km tak dari rumah...

'U kena settle ni hari ni jugak'
ko telefon aku pun pukul 5.15pm, agak2 la kalau nak suruh orang support...

Pukul 5.15 call, kejap2 itu jugak suruh orang settlekan. Ibu nak bukak sistem nak tengok problem pun ambik masa 5 minit, kalau dah terrer bebenor, ibu takdenya kerja kat situ, baik ibu jadi consultant freelance dok rumah....cis!

Salam
Ibu Muhsina

Tuesday, January 11

Perlu hukuman lebih berat...

Tinggal sebentar cerita gambang ...

Terkesan sungguh di hati bila membaca berita sebegini. Jika meletakkan diri sebagai anak yang tidak berdosa ini, mampukah kita sebenarnya mengharungi hari-hari dengan pukulan, makian, hendikan dan deraan yang melampau. Badan sakit, hati sakit...sampainya hati seorang manusia bergelar ibu, walaupun ibu tiri, tiada perasaan kasih kah? Jahat sangatkah? Nakal sangatkah? Sampai hilang peri kemanusiaan mu wahai wanita yang boleh digelar ibu?


Hati wanita seharusnya mempunyai rasa kasih, sayang, cinta...
Hati wanita seharusnya mempunyai sifat lembut...sifat membelai...
Setan jenis apa kamu ini? ....


Selamat tidur wahai adik Nordiana Qistina, selamat berjumpa dengan Penciptamu...
Selamat menjadi teman kepada adik Nurin..sampaikan salam kasihku padanya...

Semoga kalian menjadi anak-anak pemberi makanan semasa Hari Pembalasan..
Berbahagialah kalian di syurga...terbanglah kalian ke mana-mana...
menghirup air madu dan arak di sungai syurga...
memakan buah-buahan ranum nan rendang di sana...


Semoga nanti kita bertemu, insyaAllah...


Kanak-kanak 3 tahun mati didera


Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.


Salam
Ibu Muhsina
 

Cerita di sebalik cerita

7 Dis 2010


As per agreed by abah muhsina yang akan memandu kereta, perjalanan ke Gambang bermula pagi, dalam pukul 10.00 pagi. Alhamdulilah pagi yang amat nyaman, dan tak panas. Ibu muhsina dah sediakan all sorts of makanan, you name it, i had prepared everyhting for them, just in case ada lapar tahap gaban. Before the journey, abah belikan nasi lemak, and made sure they finished it before berangkat pergi. 


Sorang satu ada air sebotol besar, ada nuggets satu bekas besar, ada french toast satu bekas besar. Pendekkan cerita semua besar lah.


Semua ok especially mr adik, disebabkan dalam kereta ada TB so the journey was quite ok dengan kanak2 ribena yang amat ralit dengan cerita2 kegemaran mereka.


Surprisingly, we arrived quite early. Dalam pukul 1 dah sampai...ah! sudah...apa ke nak buatnya, definitely bilik  boleh masuk pukul 3...so kami apalagi makan2 la sampai tak hengat...


Dapat bilik...huh! jauh dek non...jauh sangat dia anto kami kat ujung nun....takpe2 nanti ibu pergi tanya, kenapa dok letak kami jejauh sangat...Tapi not bad, for a studio room, it's quite spacious. Besar...boleh letak satu lagi tilam queen kat situ...


the room studio
Cik Acik kita ni takde lain, asyik nak terjun pool je...


Adik was so happy sampai dibawaknya tongsampahhotel  kehulu ke hilior..
the room


ok kan the room, boleh la, i was not expecting too high, sebab malas nak fikir banyak2, i just want to enjoy my vacation with the kids, that's all...


8 Dis 2010


Muhsinas ni tak tahu le spesies apa, pantang cakap sikit, pagi-pagi dah bangun sebab dah janji nak pergi pool pagi tu, as early as 7 oclock, dah siap pakai swimsuit dah. Siap google bagai...haiya! pergi breakfast dulu la...


Rupanya pool bukak pukul 10...ha kau ambik! melangut la kat lobby lepas breakfast.
Breakfast was ok tapi if u yang type veru high expectation, maybe u tak kenan kot, for ibu ok je...boleh la, kenyang la sekian mat kenit sampai la along...tapi mereka-mereka ni dah tak larat makan sebab tak sabar nak terjun


We decided to take the tram yang bawa kami ke pool dalam seminit dua je....dekat je...


Pool tu sebelah resot tu je
gambang lagoon


And they had a good time...except adik who had chicken pox at that time...


O yes! Lupa pula nak bagitau...adik had chicken pox during this trip tapi terpaksa juga bawa sebab hotel and everything had been booked earlier and unable to cancel(abah muhsina taknak...dia nak jugak pergi kan abah kan?)


So adik dan ibu melepak at a cabana we rented at the pool...
cabana


most of the time, kami baring-baring...makan-makan...(makanan kena beli di situ, tak boleh bawa dari luar...of course). So relaxing....cabana ni banyak jugak...ini cabana yang besar punya...there were the small one at the Coco beach...


cabana


Tapi...not abah...


abah kena jaga itu budak acik sebab dia nak rendam badan je...main2 naik gelongsor taknak...meraung-meraung...and yes! i heard her voice screaming and crying from my cabana...so easy to locate abah muhsina and acik...


sweat lil acik
readers(if there's any)...due to privacy, nanti abah muhsina marah...


Mr  Life guard yang memanjang preet sana preet sini...
the pool


Ok...ibu muhsina kena rest...pening kepala la!!


Esok lusa sambung ya...


Salam
Ibu Muhsina

Monday, January 10

Gambang...as promised

This is BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Gambang resort

'BGRC is conveniently located Gambang, Pahang with easy access via the East Coast Expressway. BGRC is a mere 218km, 2½ hours drive from Kuala Lumpur; while Kuantan folks are just 35km away. Nestled in a secondary forest, Bukit Gambang Resort City provides visitors with a serene environment, lush green surroundings and a great vacation spot for exciting activities.' copy right from BGRC website


more about this resort http://www.bgrc.com.my/home.php


When planning for a vacation, all muhsinas want is this


gambang


although sometimes we don't really have time for this
but then the next day, we have this


Penguin Island II


and this


coco beach


AND THIS!


Fun Fair


Oh no! 


Agak2 boleh tak kita tinggal kat sini, ibu?


Ibu, abah muhsina terus jalan masukkan beg semua dalam kereta dan buat-buat tak dengar...


Salam
Ibu Muhsina


Sunday, January 9

Who is Ana Rafalli?

The best about Mr Google...it's just a click of a button :


http://anaraffali.blogspot.com/

So tak payah-payah susah-susah ibu muhsina nak cerita pasal Ana Rafalli yang menang AJL25 semalam walaupun it was a shocking result. Tapi apakan daya kita hanya tukang suka tengok orang terkinja-kinja dan alunan muzik yang mengasyikkan, juri yang amat arif lagi berkaliber lagi mantap lah yang tahu siapa yang berhak memegang title juara tahun 2010 AJL...


Tak puas hati jugak?


Kalau tak puas hati jugak, balik ni nanti, beli gitar satu, murah-murah pun jadi lah. Tapekan diri sendiri menyanyi masuk kat utube, kot-kot tahun depan ada rejeki dapat masuk AJL dan menang ribu-ribu...


Hahahaha...


Takpe-takpe...


Jangan ambik hati dengan entry ibu muhsina ni, ibu pun tunggu sampai habis AJL semalam dengan harapan kot-kot budak yuna dapat award. Her performance was awesome, dengan lontaran suara yang cukup memikat dan terang benderang. Cuma costume agak, hmmm oklah kot. Lari dari biasa, but ibu suka her sweet natural face. When she sings, dia suka lenggok-lenggokkan kepala dia ke kiri ke kanan. Itu yang kekadang ralit tengok.


Same goes to Hafiz...suka dengan suara vokal yang mantap, yang tak murmuring, antara dengar tak dengar.


Ibu kurang sikit lagu-lagu jerit ni, yelahkan umur dah meningkat ni, halwa telinga ni suka dengan lagu-lagu yang agak menyentuh perasaan sikit. Lagu-lagu ala-ala nak masuk tido kata orghang perak...


Bila part jerit-jerit macam extravangaza, ai pergi dapur buat air untuk hilang ngantuk. Bila part stacy naughty keluar, ai pergi gosok tudung baju spender (eh! awat spender pun nak gosok? ish! ibu niiii)...


Bila part FT, baru ibu concentrate, menghayati lagu dan bait-bait lirik(chewah! macam ler paham bebenor)...


Tapi last-last tengok, masa Kak Pah ibu agak terperanjat sikit....
ada sikit kelainan ngan Kak Pah...


Oh ya! dia sudah bertudung...alhamdulilah..


hmmm...macam ada tak kena la dengan Kak Pah ni...what aa?


Salam mengantuk...
Ibu Muhsina

Thursday, January 6

Dedicated this entry to our beloved SURAU A3

Coming back from long holiday (cuti terpaksa ambil untuk uruskan kanak2 pergi sekolah)...

we were send out from our very best tempat lepak a.k.a surau. We have been using this 'surau' for almost 5 years eh no, nearly 6 years. Tidy place and very comfortable. Selain dari solat agenda utama ia sesuai untuk kerja-kerja mengepam susu, tempat melepaskan lelah, tempat baring bila demam/sakit kepala, tempat melepaskan geram, tempat menanggis bila ada masalah, tempat meluahkan perasaan, tempat gelak-gelak (well..once in a while)...

Tiba-tiba...

kami diarah keluar kerana penggunaan bilik fail HANYA untuk fail-fail sahaja...orang pun tak boleh masuk. fail aje yang boleh...

Ok...i'm used to be tolak sana sini...fine! i can live with that...TAPI

takde ke alternatif tempat yang boleh korang humban kami yang nak solat ni, you really want us to climb the stairs to tingkat 5 and spend 30 minutes there...dah tu, jauh kan..LAGIIII banyak masa kami ambik, LAAAGGIII banyak masa kami borak...

Dah tu..bila kami decide to take over the bilik store yang tak pernah bersapu selama 6 tahun, yang penuh dengan habuk tahap cipan, yang ada lipas mati (eeuuuwwww!), labah-labah pun ada yang arwah kat dalam tu...muka sekor-sekor kelat macam tak suka...

Jangan usik yang itu, itu jangan ubah, nanti susah nak cari, jangan ...jangan...jangan....

WELL!!! then give some help la kawan...or should i say, orang2 yang berkederat mengangkat-angkat barang-barang dalam tu...ini tidak, tengok je, jeling je...senyum-senyum lepas tu perli-perli...

ini orang-orang peranak yang dah jatuh ni yang angkat...
ini orang-orang yang ada sinius ni ler yang bersihkan...
ini orang-orang yang dipanggil perempuan nilah yang settlekan...

I wonder how they actually solat at a place like that....