Monday, December 27

Siti Di Alam Fantasi (SDAF)

Sebelum cerita Gambang....nak bercerita tentang Al-kisah kami menonton teater di IB ~ Siti Di Alam Fantasi. More about IB : http://en.wikipedia.org/wiki/Istana_Budaya

Alhamdulilah, PJ, ibu muhsina very best uncle, dapatkan tiket untuk 6 orang bagi menonton SDAF. Pagi buta pukul 12 tengahmalam, PJ hantar sms bagitau dia dah dapatkan tiket. PJ orang kuat IB, kalau ibu muhsina teringin nak tengok teater, sms je PJ, insyaAllah dapatlah tiket. Yang bestnya PJ akan usaha walau macam manapun untuk dapatkan tiket, itu yang sayang sangat dengan PJ ni.

PJ ni dulu masa mula-mula kerja dengan Kem. Pelan*****, dia duduk dengan Atok muhsina. Ibu muhsina kecik lagi masa tu, kalau balik kampung mesti dia ikut sama. So boleh dikatakan ibu muhsina membesar dan menjadi rapat dengan PJ sebab dia pernah duduk sama-sama dengan Ibu dulu.Sekarang PJ orang besar IB. Seronok pulak bila dapat layanan VVIP masa di IB.

Kami, Ibu muhsina, Usu, Along, Angah, Ain dan Ikm sama-sama dengan Amama dan Unge' naik satu kereta pergi ke IB dalam pukul 6 petang. Kami takut kalau-kalau malam christmas ni jem, tapi alhamdulilah perjalanan tersangat smooth. Satu lagi kumpulan, 6 orang yang berjaya dapat tiket dari PJ, Tok Ae, Opah Dah, Uncle Mim, dari kampung.

Kumpulan kami berlapan tiba di IB agak awal, so kami pun mengambil gambar tak hengat dunia sekitar IB. Lepas tu dalam pukul 7 lebih sikit, kami bergerak ke surau IB di tingkat 2. Boleh tahan jugak ramainya, bersempit-sempit kami macam di Mekkah. Tapi ibu tak kisah, lagi ramai lagi ibu suka. Sebab itu menunjukkan kesedaran SOLAT dikalangan orang-orang Islam semakin menebal. Kalau dulu-dulu, surau pun payah nak cari. Kalau ada pun, suram je. Surau di IB agak selesa, tempat wuduk bersebelahan dengan toilet jadi muslimah tak payah nak susah-susah keluar dari surau mencari toilet. Ibu perasan juga semenjak PJ jadi orang kuat IB, IB banyak berubah, lagi alive dari dulu dan event yang dibuat memang Thumbs Up.

Selesai solat kami ternampak PJ di luar, rupanya PJ menunggu kami untuk solat di surau kakitangan di bawah. Takpelah PJ yang penting solat tu. PJ ni memang penyanyang orangnya. Walaupun sekarang berjawat tinggi, tapi dengan adik beradik anak sedara dan cucu-cucu mesti berpeluk cium(dengan mahram jelah). Tak kisah ler depan2 orang ke apa ke, dia mesti cium2 kami anak2 sedara senget dia ni. Dan dia tak malu dengan kami yang ala-ala kampung halaman ni...

PJ membawa kami ke Cafe sememtara menunggu Opah Dah dan lain-lain, memandangkan PJ orang kuat IB, kami ambik ajer apa yang teringin nak makan di cafe, semua masuk akaun PJ...hehehehe.

Selesai bergelak ketawa tak sedar diri di Cafe, yelah orang kampung kan, kami dibawa masuk ke panggung sari. Kami tak masuk macam penonton-penonton yang lain, kami masuk ikut entrance yang lain. Terus dibawa masuk ke seat VVIP, tengah-tengah panggung. Kakak PA PJ ada menunggu kami, menjemput hormat kami masuk. Wah rasa macam VVIP...

PJ pesan pada Angah, nanti kalau nak bercakap, jangan kuat-kuat tau, kena bisik-bisik. Yelah Angah ni memang mulut agak kurang insurannya, main cakap je sesuka hati mak nenek dia, siap bebel-bebel, siap sound-sound orang lagi...cis! anak ibu ni malu betul..

Pementasan SDAF pernah dibuat 10 tahun yang lalu, dan ibu dan abah muhsina pernah menontonnya tanpa muhsina(belum lahir lagi lah). Pementasan kali ini agak berbeza dengan 10 tahun lalu, props persembahan yang warna-warni dan memang awesome. Penggunaan laser, dan tali gantung untuk duyung-duyung menari-menari. Dulu takde scene yang ini. Ada beberapa penambahbaikan dalam pementasan SDAF kali ini. Lebih banyak warna dan lebih banyak mainan lampu-lampu.

Along dan Angah memang enjoy the whole show, surprising mereka tak terlelap. Along mengekek-ngekek gelak dengan gelagat Pokok dan Mamat. Suka sangat dia dengan lawak-lawak spontan Pokok dan Mamat. Lawak bersahaja yang sentiasa bertukar skrip tiap-tiap malam kata PJ, tak pernahnya betul.

Start pukul 8.45mlm sampai pukul 11.00 mlm...setiap detik memang kami enjoy watching the show.Sinopsis boleh tengok kat sini : http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/siti

After the show, kami dibawa ke tempat VVIP menjamu selera, merasalah kami dengan Nasi Lemak kegemaran isteri PM kita. Selesai makan-makan dan gelak ketawa, PJ kata siapa nak ambik gambar dengan Fizo ikut dia, berduyun-duyunlah kami pergi jumpa Fizo, ramai-ramai ambil gambar dengan Fizo. Very nice guy dan very friendly.

Lepas tu berduyun-duyun pula pergi jumpa Vanida Imran dan Liyana jasmay dan tak lupa juga Si Pokok yang dilakonkan oleh Johan Raja Lawak. Ibu muhsina tak ambik gambar kerana pada masa itu mereka sedang melayan peminat-peminat mereka yang beratur panjang. Rasa bersalah pulak kami yang keluar ikut pintu belakang terus dapat ambik gambar. So takpelah yang penting si kecil semua dapat jumpa para pelakon.Si Along agaknya teruja berjumpa pelakon-pelakon terus minta PJ dapatkan autograph untuk kenang-kenangan. Hmmm boleh tahan juga anak-anak ibu bab minta-meminta ni, selamba kodok...

We had a great time before, during and after the show. Recommended to all ages. Sangat menghiburkan. Kanak-kanak pun suka tapi bawaklah yang 4 tahun ke atas, kalau bawak baby tu macam tak kena la pulak.
O ya, abah muhsina tak serta sekali sebab siapa nak jaga Adik dan Achik kan? So abah muhsina jadi abah mithali la malam tu. Nasib baik si adik dan achik jadi anak-anak mithali, so takdela abah suruh balik kejap2 tu jugak.

Terima Kasih pada PJ..the best uncle in the world!

Next entry (lepas gambang...heheheheh)...gambar-gambar semasa di IB.


Salam
Ibu Muhsina

Monday, December 20

Cerita pre-Gambang...

Cuti Awal Muharam yang lalu ahli keluarga muhsinas semua pergi jalan-jalan. Initially plan nak turun ke semenanjung, ke Johor, hasrat nak singgah rumah Mak dan Pak angkat masa di Mekkah, tapi Kita hanya merancang Allah yang menentukan...kena kensel sebab tempat nak singgah macam tak best. 


Dengan muhsinas ni, tempat nak singgah kena tempat yang banyak main2...banyak fun-fun and fun, kalau setakat laut, ombak, perahu, kelong, pantai...iush! usah harap la muhsinas nak layan, baik derang layan tb dalam kereta...


Lain dengan zaman ibu dan abah muhsinas dulu, kalau pergi jalan-jalan, kita suka tengok pantai, laut, ombak kuat, rasa angin yang rakus melayang2kan tudung ibu, suka tengok perahu, bot-bot nelayan, jambatan yang besar dengan sungai yang besar, rumah-rumah tepi pantai yang kecil-kecil, suasana kampung, rumah-rumah nelayan...fuhhh syahdu je...seronok bila nampak laut...terjerit-jerit dalam kereta kalau nampak laut yang dari jauh warnanya hijau, bila dekat sikit warna biru, bila dekat sangat takde langsung warna...


Kalau muhsinas, jangan kata laut, kami yang excited tengok bot-bot nelayan yang besar-besar, derang ni buat tak tahu je...abis2 pun cakap(sekadar nak ambik hati agaknya)..'Oh ya! cantik la'...'ooo besarnya'...suara yang takde perasaan langsung...cis!


Ikutkan hati mau ibu buang je tb dalam kereta tu ke laut, puas hati tapi nanti, bukan sahaja muhsinas akan melalak-lalak, bercakaran dalam kereta, abah muhsinas pun mungkin akan bertukar warna hijau jugak ala-ala incredible hulk sebab buang tb yang harga lebh kurang nak 4 digit tu...relaks la abah...ai gurau-gurau je...


Berbalik pada cerita tadi...(jauh dah melencong ni)...kami tukar plan je ke Gambang, Kuantan...pergi main air ala-ala Sunway Lagoon...Usu tanya 'apa la jauh sangat, pergi jelah Sunway Lagoon'...well, takkan hamba nak dok kat hotel Sunway yang sekangkang kera je dengan rumah hamba...nak la jauh-jauh, lagipun susah nak dapat time emas abah muhsina ni...sekali dapat, ha ko! ambik! ku gunakan sebaik-baiknya...


Muahahahaha...


Entry selepas ni Gambang the Movie...


Gambang resort


Depan Gambang Resort....


Salam
Ibu Muhsina







Thursday, December 16

Along...

Boleh dikatakan, kelahiran along dinanti-nantikan oleh semua, oleh atok opah sebab cucu pertama, oleh nenek sebab sebelum ni berderet lelaki, dan terutamanya oleh ibu dan abah muhsina...

Masa mengandungkan along, ibu banyak mengamalkan surah-surah yang harus dibaca : Surah Yassin, Surah Yusof untuk anak yang cantik, Surah Luqman untuk anak yang cerdik, Surah Maryam untuk menyenangkan kelahiran...

Masa Along, ibu selalu bangun solat malam demi kesejahteraan ibu sendiri dan demi anak ibu yang dikandung...

Istimewanya kelahiran along jatuh pada 1 Muharam 1422....10 tahun yang lalu...

Ibu memang berdoa setiap solat supaya anak ibu yang ini lahir pada tahun baru....

Alhamdulilah...doa ibu dimakbulkan Allah...

Dan Alhamdulilah hasrat ibu dan abah muhsina melihat along berjaya dalam bidang akademik tercapai...bukan saja dari segi akademik duniawi, malah akhirat juga...mungkin sebab masa mengandungkan Along, ibu banyak solat dan dzikir...lain sikit perangai anak ibu yang ini...

TAHNIAH ALONG....

P1035_10-11-10_04

Salam
Ibu Muhsina

Hanya Tuhan yang Mengetahui

Kadang-kadang kita perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan macam-macam perangai manusia....


kadang-kadang kita perlukan kesabaran untuk berdepan dengan situasi yang macam-macam...


Dan...


Kadang-kadang orang tak faham pun dengan keadaan yang kita sedang hadapi....


Yang orang tahu hanya berkata-kata dibelakang...tanpa usul periksa apa yang kita sedang hadapi...


Tapi seperti biasa, Ibu Muhsina tetap maintain cool, tetap maintain anggun dan tetap maintain buat-tak-tahu, tetap maintain tiada perasaan dan gasak ko la nak kata aku macam mana...


Sebab hanya Allah yang tahu perasaan dan isi hati ibu muhsina...


lagipun balik nanti, muhsinas ramai yang menunggu di muka pintu dan seorang demi seorang akan mencium dan memeluk ibu...so apa nak gusar kan?




Salam,
Ibu Muhsina


p/s: entry gambar lak lepas ni....





Wednesday, December 1

Kembang setaman

Tajuk memang takde kena mengena pun dengan apa yang akan dinukil kat sini cuma macam bohsan nak letak tajuk yang canggih manggih...

Nak citer pasal Lembu yang akan jadi tonggangan kami di akhirat, gambo pulak tak dapat nak diupload...

Nak citer pasal Along achievement baru-baru ni...gambo jugak takleh nak upload...

Nak citer pasal Bubbles...new member dalam keluarga muhsina...gambo jugak takleh nak upload...

Semua nak citer, semua nak kena ada gambo, apa ke hey nya ni ibu muhsina, asyik ada je alasan nak update blog...

Jap Jap...nanti ibu muhsina update....

hari ni dari pagi sampai ke petang dok meeting je, naik fenin lalat dibuatnya...bukan bukan...bukan lalat...fenin langau!! Letih sungguh....

(Alasan lagi....wahahahahaha!!!)